RAWATAN BEKAM RESDUNG, BEKAM SUNNAH & BEKAM KESIHATAN UNTUK WANITA.
BEKAM DARAH MAMPU MEMBUANG ANGIN DARI BADAN
Bagi individu yang sering mengalami keletihan dan kelesuan akibat kerja mahupun belajar, berbekam darah pada kawasan tengkuk, bahu dan otot belikat mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan kerana selepas berbekam anda akan sendawa dan banyak angin akan keluar dari badan serta badan akan terasa lebih ringan.
BEKAM DARAH MERAWAT GOUT
Kaedah bekam ini adalah khas untuk merawat penyakit Gout, semasa
proses berbekam nanti sejumlah uric acid akan dikeluarkan bersama
darah kotor yang kehitaman atau berbuih, InsyaAllah anda tidak perlu
berpantang dalam makan lagi dan kaki anda tidak sakit lagi.
PENYAKIT 3 SERANGKAI... JOM RAWAT KAEDAH BEKAM
1. DARAH TINGGI
"Tekanan Darah Tinggi BUKAN Disebabkan oleh Kolesterol yang Lebih! Punca Sebenarnya Adalah Pengoksidaan Kolesterol pada dinding Arteri Darah..."
Selama ini kita kerap
dengar pesakit Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi) kata bahawa doktor
nasihat mereka supaya kurangkan makanan berlemak atau berkolesterol
tinggi. Tetapi para doktor tidak pernah bagitahu bagaimana kolesterol
itu menyebabkan tekanan darah tinggi dan bagaimana untuk "reverse" atau
kembalikan keadaan kesihatan badan.
Anda akan dapat tahu keadaan sebenarnya di sini...
Berikut adalah hakikat yang sungguh menyedihkan, ramai pesakit hipertensi sudah menjadi "Beg Ubat" yang perlu telan berpuluh biji pil-pil ubat kimia yang dikatakan boleh mengawal tekanan darah tinggi. Mereka "dipaksa" untuk mengambil ubat-ubat itu buat selama-lamanya kerana sejurus selepas mereka berhenti ambil ubat itu, tekanan darah akan melampung naik lagi.
Apa yang lebih menyedihkan adalah bilangan atau 'dosage' ubat mengawal
tekanan darah tinggi yang perlu diambil itu cuma akan semakin bertambah
dari tahun ke setahun. Apa logiknya? Bukankah ubat-ubat tersebut
sepatutnya mengembalikan kesihatan kita? Kenapa makin makan, makin teruk
keadaannya?
Peringkat - peringkat Perkembangan Tekanan Darah Tinggi...
Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap
Apabila kandungan air di dalam darah hilang dengan banyak (akibat
daripada ubat diuretic) kepekatan darah akan menjadi semakin meningkat
dan ini akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi
gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar. Rintangan
ini akan memaksa jantung untuk pam lebih kuat lagi yang menyebabkan
tekanan darah menjadi semakin tinggi.
Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk
Darah yang telah menjadi pekat
dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien
ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan
oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk.
Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih
daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya
pada waktu petang.
Peringkat Ke-3: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama
Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah Tekanan Darah Tinggi akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas kualiti hidup seks anda.Peringkat Ke-4: Kerap Sakit Kelapa atau Migrain
Ini merupakan tanda awal bahawa kapilari-kapilari darah dalam otak sudah menjadi semakin sempit dan tekanan dalaman otak sudah menjadi semakin meningkat.
Peringkat Ke-5: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur
Kapilari yang terdapat pada mata
adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah terjejas. Sel-sel
mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau mungkin
buta.
Peringkat Ke-6: Masalah Buah Pinggang, Pengerasan Saluran Darah, Fungsi Hati Merosot dan lain-lain Penyakit Sekunder.
Buah pinggang menjadi semakin
lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu
menanggung penyingkiran cecair (tekanan) yang banyak, ia juga perlu
berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada
ubat-ubat yang anda makan itu.
Peringkat Ke-7: Peringkat Terakhir.....
2. Strok & Serangan Sakit Jantung
Apa yang
paling menakutkan mengenai Strok dan Serangan Jantung adalah ia boleh
serang pada bila-bila masa tanpa sebarang tanda-tanda awal. Apabila ia
menyerang, ia mungkin kali pertama, ia juga mungkin kali terakhir...
"Sesungguhnya pada bekam itu mengandungi penyembuhan"
LEMAH JANTUNG & BUAH PINGGANG
Sebahagian serangan atau sakit jantung
ada kaitan dengan kegagalan fungsi buah pinggang (ginjal ) yang
mengalami sedikit kerosakan. Malah penyakit kardiovaskular merupakan
menyumbang lebih daripada 50 peratus kematian di kalangan penghidap
penyakit buah pinggang kronik?
Mereka yang menghidap masalah
kegagalan buah pinggang mempunyai 10 hingga 30 kali risiko kematian
lebih tinggi akibat strok, serangan jantung atau penyakit kardiovaskular
yang lain dibandingkan dengan golongan dewasa yang sihat.
Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21,maka itu akan menyembuhkan semua penyakit."
3. KENCING MANIS
Yang ni kene jaga pemakanan ler jawabnya... Amalkan pemakanan yang seimbang dan kurangkan gula serta minum banyak air masak atau air kosong.
Rentetan cerita di atas berkait rapat dengan kehidupan ayah saya yang
mendapat penyakit 3 serangkai ni,bukan ayah jer malah semua adik
beradik ayah,along,acik,anjang dan ucu... Kini setelah di terapi bekam
Alhamdulillah ayah dah semakin sihat. Along di kg juga dah semakin
sihat,sekarang anak dan menantu dia pula menjalankan khidmat bekam di
sana. Anjang juga dah semakin sihat,sekarang dah jadi pembekam juga di
Putrajaya. Adik-beradik saya juga ada yang dah menunjukkan minat
terhadap bidang bekam ni. Alhamdulillah, kerana Bekam kehidupan kami
sekeluarga dah banyak berubah dan semakin ceria apabila berkumpul
bersama, bila dah berkumpul tu takde topik lain dah nak sembang,semua
cerita pengalaman bekam sesaja... Paling best di sebabkan bekam hubungan
keluarga lagi bertambah erat dan sering berkumpul bersama apabila ada
kelapangan. BEKAM BEKAM OH BEKAM
"Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan ubat untuk setiap penyakit, maka berubatlah kamu, tetapi jangan berubat dengan sesuatu yang diharamkan." (HR. Abu Daud)
Penyembuhan dapat diperolehi dengan 3 cara: Pertama, meminum madu. Kedua, dengan berbekam. Ketiga, dengan besi panas. Dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan penyembuhan dengan besi panas.
Pada malam aku diisra'kan,aku tidak melewati sekumpulan Malaikat melainkan mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah (bekam)."
(Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)
No comments:
Post a Comment